|
|
Pahlawan dari Lembah Dar |
Written by [M][a][h][a][g][u][r][u]
Prologue
|
Dewata Baldur mengamuk memusnahkan segala tanaman dan isi perut bumi, mengancam ketenteraman manusia hingga menjadi padang jarak padang terkukur. Kira kira lebih sepuluh abad yg lalu, Baldur dan kuncu-kuncunya telah berarak ke Istana Besar tempat persemadian Dewi Anastasia yg merupakan penjaga bumi dan juga penyimpan Zamrud Hikmat. Satu pertempuran yg senget berlaku di antara pengikut pengikut Anastasia dan Baldur. Anastasia cuba mempertahankan Zamrud Hikmat daripada dirampas oleh Baldur, ternyata dia terlalu lemah untuk menentang askar askar Baldur yg memang terkenal dgn keganasan dan ketangkasan mereka. Anastasia di tahan sementara askar askarnya di bunuh dgn kejam dan zalim. Zamrud Hikmah masih lagi bersemadi di Istana Besar. Tiada siapa yg boleh memegangnya melainkan dgn hati yg suci dan lurus, barangsiapa yg memegannya dgn niat kejahatan maka akan terbakarlah ia dgn serta merta. Baldur sendiri tidak berani memegangnya. Zamrud Hikmah ialah sumber kekuasaan yg paling agung menjadi rebutan dikalangan dewata dewata dan dewi dewi di lembah itu. Ia adalah pemberian Dewa Seyt sebelum dia pergi ghaib entah kemana. Dititipkan Zamrud itu ke muridnya yg paling luhur iaitu Anastasia untuk menyimpan dan menjaganya. Selepas pemergiannya para dewata menjadi iri hati kerana mereka juga pengikut dan murid kepada Dewa Seyt, tetapi mengapa mereka tidak diamanahkan menjaga Zamrud Hikmat, sebuah batu yg mempunyai kuasa yg tiada tolok bandingannya. Perkelahian bergaduh diantara mereka, Anastasia dapat melawan setiap pakatan untuk memusnahkan nya tetapi sebagai penjaga Zamrud Hikmah dia telah dilindungi. Perkelahian dan peperangan yg berlaku dikalangan para dewata dan dewi yg mempunyai askar dan pengikut masing masing berterusan berabad lamanya hinggalah semua tewas, yg tinggal hanyalah Baldur dan Anastasia. Walaupun ramai dikalangan manusia yg berpihak kepada Anastasia yg terkenal dgn kecantikan dan perwatakannya yg lembut, Baldur dapat mengumpulkan askarnya sendiri, terdiri dari kalangan Jin, Iblis dan juga manusia. Dgn bala tentera yg begitu utuh dan kukuh, dia akhirnya dapat menewaskan Anastasia dan merebut Istana Besar beserta Zamrud Hikmah. Walaupun Zamrud Hikmah sudah berada di dlm jagaannya, dia masih belum dapat menggunakannya kerana tiada siapa yg mempunyai hati yg lurus untuk menolongnya membawa Zamrud Hikmah dari Istana Besar ke tempat persemadian Ratu Norak, seorang ratu ilmu hitam yg juga guru kepada Baldur. Hingga ke hari ini Baldur mengerahkan askar askarnya untuk mencari manusia yg betul betul luhur untuk menolong dia melaksanakan cita cita nya yg jahat. Dan hingga hari ini juga puluhan ribu manusia yg menjadi korban dgn kekuasaan Zamrud hikmat tersebut.
Peta Lembah Dar
Copyright © [m][a][h][a][g][u][r][u] 2000-2001. All Rights Reserved
|